Wednesday, 18 February 2015

Room Sweet Room

Assalamualaikum and a very good day to you!
Hola mi amigo!


So, hari ni chinese new year and I would like to wish my Chinese readers (macam lah ada. heh) a very Happy Chinese New Year! It's a holiday and I'm stuck in my house doing nothing so I decided to write more entries in my blog. This post will be in 'rojak' language which means I'll be babbling in Malay and English all together. Forgive me if some of you is having a difficult time understanding. Okay let's begin!


Hari ni I'm gonna tell about my room (lol rojak gila! HAHA). Bilik aku ni takde lah besar sangat, it's kinda average in my opinion. I don't know why tapi there's something not right about it. Sebabnya aku rasa pergerakan aku terbatas. Kalau macam bilik aku kat rumah lama kat Semenyih dulu besar gila. Sebabnya aku share dengan kakak aku, that's why lah besar. My room is ALWAYS messy because maybe I don't know how to tidy things up. 


Then one day, aku mengadu kat kakak aku pasal bilik tu. Lepas tu dia cakap, then tukar lah susunan kat dalam tu. I was like "wutt?? okay I'll try". Then, dengan kekuatan aku yang acah acah The Rock ni aku alihkan my book case, my table and my bed. Turns out, it looks better than before and bigger. I'm not sure how, but my room seems bigger and wider than before. Now, aku takde gambar bilik aku sebelum. Just selepas je, and I'm gonna share it with you people. 





Well, the reason for this entry is because I want to tell you guys who couldn't stop whining about small things like me to just be grateful of what we have. This is an advice I'm giving to myself as well. I keep on telling myself to stop complaining because there are people out there who are sleeping on a pavement and I should be grateful to even have a room for myself. It's the same thing as everything else. Maybe we have the things that we don't like but there are people who have nothing and would give anything to be like us. 


So the main thing is, be grateful of what you have and stop complaining. That's all for today, may peace be upon you and have a good day :)


Tuesday, 17 February 2015

Terima Kasih

“Allah.. maaf saya tak sengaja,” kata seorang pemuda padaku. Dia telah terlanggarku secara tidak sengaja.
            “Tak apa, tak apa. Salah saya juga, jalan tak tengok orang,” kataku pada pemuda tersebut. Di saat aku terpandang wajahnya, jantungku berdegup kencang. Wajahnya bagai seseorang yang aku kenali. Malah, aku cukup mengenalinya. Dia saling tak tumpah seperti bekas kekasihku yang kini hanya tinggal nisan sebagai ganti dirinya, arwah Megat Zamir.
            “Nah buku-buku cik, kertas ni sekali. Minta maaf sekali lagi ya,” katanya dan berlalu pergi.
            Aku berpaling memandangnya, tetapi sayang dia telah pergi menjauhiku. ‘Zamir, jangan pergi!’ jeritku di dalam hati. Pertemuanku dengan pemuda itu telah mengingatkan aku pada kenangan lapan tahun yang lalu.

*    *    *    *    *     *    *     *    *     *    *

“Okey murid-murid, hari ni kita ada pelajar baru. Nama dia Asyura Amani Bt Mohd Ainudin Bakri. Asyura, kenalkan diri awak pada kawan-kawan semua.” Kata Cik Haslina, guru kelasku.
            “Hai semua, nama saya Asyura Amani Bt Mohd Ainudin Bakri. Saya berasal dari Singapura. Selamat berkenalan,” ucapku sambal tersenyum.
            “Ohh… budak Singapore rupanya. Patutlah kerek semacam je,” kata satu suara dari kalangan rakan-rakan baruku.
            “Megat, kenapa awak cakap macam tu pulak?” kata Cik Haslina lagi lalu menggelengkan kepalanya. Dia seperti sudah masak benar dengan perangai anak muridnya yang seorang itu. Pelajar yang bernama Megat itu mencebikkan bibirnya sambil menjelingku.
            ‘Megat? Huh.. harap muka je handsome tapi mulut macam longkang.’ Kutukku dalam hati.
            “Asyura, awak boleh duduk kat tempat kosong sebelah Dayang tu ya.” Kata Cik Haslina kepadaku. “Baik cikgu,” balasku kemudian.
            Sebaik sahaja aku duduk di tempat itu, rakanku yang hanya dikenali sebagai Dayang itu menegurku. “Hai, nama saya Dayang Sofea. Nak panggil awak apa ya?” tegurnya ramah.
            “Panggil Syura je. Ermm..”
            “Dayang, panggil saya Dayang je. Kenapa kau err awak pindah Malaysia? Eh.. susahlah ber-saya awak ni. Kau aku je lah, boleh kan?” Tanya Dayang kepadaku. Aku tertawa mendengar ulahnya yang mencuit hati ituseraya berkata. “Apa-apalah Dayang, ermm Syura pindah Malaysia sebab mama dengan papa Syura ada kerja kat sini.” Terangku padanya.
            “Oh.. dah lama ke kau duduk Malaysia?”
            “Sejak Form 1 Syura dah tinggal kat sini.”
            Kringgg!!! Loceng menandakan waktu rehat telahpun berbunyi. Aku dan Dayang bergerak ke kantin bersama-sama. Sedang aku berjalan, tiba-tiba aku tersadung sesuatu yang membuatkan aku terduduk melutut di khalayak ramai.
            “Padan muka.” Aku cukup mengenali suara itu yang kini sedang galak mentertawakan aku. Lalu aku mendongak untuk memastikan aku tidak tersilap orang. Ya memang dialah orangnya, Megat Zamir. Kenapalah dia ni menyampah sangat dengan aku agaknya? Bisik hati kecilku ketika itu.
            “Hei, Zamir. Kau ni kenapa? Apa salah Syura ni kau nak buli dia? Batch sendiri pun nak buli ke? budak kelas kau pulak tu, kalau nak buli pun bulilah junior-junior tu.” Bebel Dayang sambil membantu aku untuk berdiri.
            “Bisinglah kau ni Dayang. Bukan aku buli kau pun, aku peduli apa. Lagipun kau tak tahu perangai budak Singapore macam mana. Jom la korang, buat semak mata aku je tengok minah-minah ni.” Katanya sambil berlalu pergi bersama kawan-kawannya.
            “Kau okey tak ni? Boleh jalan tak, ke nak aku dukung?” pertanyaan yang serius tetapi diselit dengan gurauan. Aku tergelak dan menampar perlahan bahunya.
            “Larat ke?” soalku pula.
            “Dahlah, jom pergi makan. Lapar ni,” ajak Dayang sambil menarik tanganku.
            Keesokan harinya, aku kembali ke sekolah seperti biasa. Sedang aku membelek-belek di dalam mejaku, aku terpegang sesuatu yang sejuk dan lembik. ‘Sesuatu’ itu bergerak-gerak apabila aku menyentuhnya. Tiba-tiba ‘sesuatu’ itu melompat ke atas ribaku. Rupa-rupanya ‘sesuatu’ itu adalah seekor katak, binatanag yang sangat aku benci.
            “Arghhh!!!” aku menjerit sekuat hati seraya melompat dari tempat dudukku. Dayang yang baru sahaja sampai terperanjat mendengarkan jeritanku tadi. Dia terus menerpa ke arahku.
            “Kenapa Syura?” soalnya. “Ka..ka…katak.. ada katak melompat atas riba Syura.” Kataku tergugup-gagap. Aku terus terundur-undur apabila katak itu semakin mendekati aku. Wajahku berubah menjadi pucat. “Tu… tolong aku Dayang,” kataku lagi. Air mataku hampir-hampir menitis. Dayang terus mencapai penyapu dan menolak-nolak katak itu keluar dari kelas.
            “Macam manalah katak tu boleh naik sampai tingkat 2 ni?” rungut Dayang seraya mendekati aku. “Kau okey tak ni Syura?” Aku hanya mampu menganggukkan kepalaku. Jantungku masih berdegup kencang. Aku terdengar ada suara tawa dari arah belakang kelas tetapi aku tidak menoleh kerana aku tahu siapa pemilik suara tersebut.
            “Aku rasalah kan, aku tahu siapa punya kerja ni,” kata Dayang dengan penuh keyakinan sambil itu matanya menjeling ke satu arah.
            “Siapa?” Soalku.
            “Tu..” ujar Dayang sambil bibirnya memuncung ke satu arah. Aku menoleh untuk melihat siapa yang dimaksudkan. Megat Zamir tersengih-sengih memandang kami berdua. Aku mengeluh halus. Tidak aku sangka sampai begitu bencinya dia padaku. “Dahlah Dayang, biarlah dia. Asalkan dia happy,” kataku sambil menarik Dayang untuk duduk.
            “Apa masalah si Zamir tu kat kau ha?” Soal Dayang semasa waktu rehat. Aku yang sedang makan terhenti mengunyah. Kemudian aku mengangkat bahu menandakan aku tidak tahu. “I wish I knew,” jawabku ringkas.
            “Dia suka kat kau kot,” usik Dayang lagi sambil tersengih. Aku tergelak besar mendengarkan serkap jarang Dayang itu. “Kalau macam tu tandanya suka, baik tak payah. Menyusahkan aku je,” balasku pula. Kami menyambung semula suapan kami sehinggalah loceng berbunyi menandakan waktu rehat tamat.
            Pada petang itu, aku pulang ke rumah. Aku tinggal bersama kedua ibu bapaku dan aku merupakan anak tunggal dalam keluarga. Mereka sangat manjakan aku tetapi aku sangat tidak menyenanginya. Bagiku, aku lebih suka hidup berdikari kerana sebelum ini aku tinggal bersama nenek di Singapura disebabkan masalah yang menimpa keluargaku. Sejak beberapa tahun lepas mama memintaku untuk tinggal bersama mereka di Malaysia. Jadi sebagai seorang anak, aku turuti permintaan mereka.
            Aku telah bersekolah di situ selama lebih tiga bulan. Sepanjang masa itu jugalah aku tidak terlepas dari jerat-jerat dan gangguan dari Zamir. Sehingga hari itu juga aku tidak tahu mengapa Zamir sangat membenciku.

Pada suatu hari, seorang murid dari kelasku yang bernama Nadira kehilangan wang bernilai RM100. Guru-guru dan pelajar mengesyaki Zamir yang melakukan kecurian itu. “Zamir, cikgu Hasyim panggil kau masuk bilik disiplin.” Kata Rayyan pada suatu hari. Cikgu Hasyim merupakan ketua guru disiplin sekolah manakala Rayyan merupakan kawan baik Zamir.
            “Kenapa pulak dia panggil aku? Apa dia nak?” soal Zamir.
            “Manalah aku tahu. Pergi je lah, mana tahu dia nak jadikan kau anak angkat ke.” jawab Rayyan sambil tersengih.
            “Lawak ke?” balas Zamir sambil bangun dan mula melangkah keluar kelas.
            Rupa-rupanya, Zamir telah disyaki mencuri duit Nadira yang hilang. Sejak hari itu, wajah Zamir sentiasa muram dan dia juga kerap tidak datang ke sekolah. Sejak itu jugak aku tidak lagi diganggu dan dibuli olehnya. Entah mengapa, aku rasa sunyi tanpa gangguan darinya.
            Pada suatu hari, aku secara tidak sengaja telah terdengar perbualan antara Rayyan dan Nadira. Rupa-rupanya mereka merupakan pasangan kekasih. Nadira juga merupakan salah seorang mangsa buli Zamir. Mereka telah berpakat untuk membalas perbuatan Zamir terhadap Nadira.
            “Rayyan, thanks tau sebab tolong Dira jerat si Zamir tu,” Nadira dengan lenggok manjanya.
            “Alah.. small matter je semua tu.” Balas Rayyan.
            “Huh, baru puas hati Dira. Padan muka Zamir tu, lepas ni mesti dia kena buang sekolah.” Kata Nadira sambil ketawa.
             Aku seperti tidak percaya apa yang aku dengari sebentar tadi. ‘Rayyan bukan ke kawan baik Zamir? Sampai hati dia kenakan kawan sendiri. Aku kena buat something ni,’ bisikku sendirian. Aku perlahan-lahan berundur untuk pergi dari situ. Malangnya aku terlanggar kerusi di belakangku yang entah sejak bila berada di situ. Mereka serentak memandang ke arahku. Apa lagi, aku terus lari dari situ tetapi mereka mengejar aku.
             Aku bersembunyi di satu sudut yang agak tersorok. Di situ aku mengawal nafasku yang menjadi tidak teratur kerana berlari terlalu kuat. Di saat aku berpaling ke belakang, aku terkejut kerana Nadira berada di belakangku. Dia memulas tangankau ke belakang sekali gus membataskan pergerakanku.
            “Eh Syura, kau mesti dah tahu apa yang kitorang borak tadi kan?” soal Nadira. Aku hanya mampu menggelengkan kepalaku. “Jangan tipu! Aku tahu kau dengar tadi!” sergahnya kasar.
            “Tak.. ma… mana ada. Aku nak balik ni, lepas lah.” Rayuku pada Nadira.
            “Kau ingat aku nak percaya ke? Dengar sini ya, kau jangan cuba nak kantoikan plan kitorang. Nanti kau tahulah akibatnya. Tahu??” Aku hanya menganggukkan kepalaku walaupun hatiku tidak setuju. Nadira melepaskan cengkaman tangannya dan berlalu pergi. Aku bertekad untuk membantu Zamir walau apa pun yang terjadi.
            Mulai saat itu, aku cuba mengumpul maklumat untuk membantu Zamir. Aku meminta pertolongan Dayang bagi menjayakan misiku itu. Pada mulanya Dayang tidak bersetuju keran baginya Zamir memang patut dihukum. Dia mula mengubah fikirannya setelah melihatkan aku bersungguh-sungguh memujuk.
            “Kenapa kau beriya sangat nak tolong Zamir ni? Dia kan banyak buat jahat kat kau,” soal Dayang padaku. “Entahlah, aku rasa macam kesian kat dia. Mungkin ada sebab dia jadi macam tu,” balasku pula. Dalam diam aku sendiri mempersoalkan perbuatanku yang membantu Zamir. ‘Betul ke apa yang aku buat ni?’ bisik hati kecilku.
            Alhamdulillah berkat usaha dan kesabaranku, aku berjaya membantu Zamir. Rayyan dan Nadira telah dibuang sekolah kerana perancangan mereka itu. Ketika aku sedang duduk-duduk di tepi padang pada satu petang, aku didatangi Megat Zamir.
            “Hai Syura,” sapanya ringkas lalu terus duduk di sebelahku. Dia kelihatan seperti termenung seketika. Aku terus diam menunggu butir bicaranya.
            “Terima kasih ya Syura,” ucapnya kemudian. Aku terpinga-pinga seketika. “Untuk apa?” terusku menyoalnya meminta penjelasan.
            “Ya lah, kau susah payah tolong cover aku pasal duit tu.” Katanya lalu tersenyum. “Thanks tau,” sambungnya lagi masih tersenyum. Aku terkedu seketika kerana itulah kali pertama Zamir senyum seikhlas itu kepadaku. Sebelum ini aku hanya melihat tawa sinisnya apabila membuli aku. Dia memiliki senyuman yang sangat manis, menambahkan lagi ketampanannya.
            “Eh.. tak ada apalah tu. Apa salahnya tolong kawan,” balasku gugup.
            “Aku tahu aku tak patut Tanya macam ni, tapi kenapa kau tolong aku? Aku dah banyak buat salah kat kau. Tapi kau sabar je dengan aku, siap tolong back up aku lagi tu.” Ujarnya lagi. Matanya terus merenungku dan tatkala itu aku baru sedar betapa redupnya pandangan mata Megat Zamir. Selama ini dia hanya memandangku dengan penuh kebencian dengan pandangannya yang bengis.
            Aku tersenyum. “Sebab aku rasa kesian dengan kau, Zamir. Kau tak buat salah pun, aku tak nak tengok kau kena hukum disebabkan benda yang kau tak buat.” Balasku kemudian. Aku melarikan anak mataku dari pandangan redupnya. Buat seketika, aku hanyut dalam renungannya. Hatiku berdebar tidak keruan.
            “Rasanya dah lama kita duduk kat sini. Jom masuk kelas,” kataku untuk menghilangkan debar di hati yang aku rasakan makin tak terkawal. Aku terus melangkah laju kerana Zamir seperti dapat merasakan kegugupanku ketika membalas renungannya.
            Mulai hari itu, aku dan Zamir menjadi semakin rapat. Zamir juga telah banyak berubah menjadi pelajar yang baik dan rajin belajar. Tidak seperti Zamir yang dulu yang suka membuli dan pemalas. Zamir telah banyak mengajarku untuk menjadi seorang yang lebih matang. Peperiksaan STPM bakal menjelang. Kami sering belajar bersama dan membuat perbincangan secara berkumpulan bersama Dayang. Pelajar lain melabelkan kami sebagai pasangan kekasih kerana keakraban kami. Dayang juga turut meragui perhubunganku dengan Zamir.
            Pada suatu petang setelah seminggu tamatnya peperiksaan STPM, Zamir mengajakku ke taman berhampiran rumahku. Ada sesuatu yang ingin dikatakan, aku juga begitu. Aku tidak sedar sejak bila, tetapi aku mula menyayangi Zamir lebih dari seorang kawan. Dayang meyarankan aku supaya berterus terang pada Zamir tentang perasaanku padanya. Aku seperti merasakan petang itu adalah waktu yang sesuai untukku katakana padanya.
            “Hai Zamir,” sapaku sebaik sahaja tiba di taman permainan pada petang itu.
            “Oh, hei Syura. Awal sampai,” balasnya pula.
            “Amboi, perli ke apa ni? Dah lama sampai ke? Maaflah aku lambat sikit, ada hal kat rumah tadi.”
            “Terasa ke? Tak ada lah, aku pun baru je sampai ni.” Balasnya pula sambil tersengih.
            “Ada apa nak jumpa ni?” soalku padanya.
            “Tak ada apa pun, saja nak borak-borak dengan kau. Bosanlah kat rumah tu,” katanya lagi. Aku dapat mengesan keresahan pada wajahnya. “Laa… kalau saja nak borak baik duduk kat rumah je, handphone kan ada. Aku balik dululah,” kataku lalu bangkit.
            “Eh.. janganlah balik, Syura. Tunggulah dulu,” katanya laju. Aku tersengih melihat kekalutannya. “Oh, dah pandai nak sakat orang eh. Jentik hidung kang baru tahu,” ujarnya lagi. Aku tergelak mendengar kata-katanya lalu kembali duduk di sebelahnya.
            “Tahu takut,” kataku ringkas. “Zamir, kalau aku nak tanya something ni kau jangan marah ya.”
            “Apa dia? Tanya je lah,”
            “Kenapa kau tak suka aku masa aku mula-mula masuk sekolah tu dulu?” Setelah sekian lama, barulah aku berani bertanya. Persoalan yang sering menghantuiku siang dan malam.
            “Aku bukan tak suka kau lah, aku cuma tak suka budak Singapore.” Balasnya ringkas.
            “Kenapa pulak? Lagipun aku bukan lahir kat sana, aku lahir kat sini. Cuma aku dah lama duduk kat Singapore tu, IC aku still IC Malaysia.” Bidasku pula.
            Zamir tersengih. “Memanglah, aku tahu. Sebabnya, mak tiri aku orang sana. Aku tak tahu kenapa tapi aku menyampah sangat kat dia. Aku dah cuba terima dia sebagai isteri baru ayah aku. Tapi sebab dia tu berlagak sangat so aku jadi benci sangat kat dia. Bagi aku, semua orang Singapore macam tu. Berlagak dan tahu nak rampas kebahagiaan orang lain je,” terangnya panjang lebar. “Tapi sejak aku kenal kau, aku mula sedar yang aku silap. Tak semua orang macam tu,” sambungnya lagi.
            “Tahu pun, rambut sama hitam tapi hati lain-lain kan,” kataku pula.
            “Sejak aku kenal kau, semuanya jadi berubah. Disebabkan kau lah, aku jadi lebih baik sekarang ni. Terima kasih, Syura.” Tambahnya lagi sambil tersenyum ikhlas. Aku membalas senyuman manisnya. “Syura, sebenarnya aku ajak kau datang sini sebab ada benda aku nak kau tahu.” Katanya serius. “Penting sangat sebab…”
            “Hoi Zamir!” jerit satu suara dari arah belakang kami. Hamper serentak kami menoleh ke arah empunya suara.
            “Kau nak apa lagi Rayyan?” Soalnya bosan. Tiba-tiba hatiku rasa tidak tenang. Aku dapat merasakan ada sesuatu yang akan berlaku. Zamir berdiri dihadapanku seperti menjadi banteng untuk melindungiku dari sebarang bahaya.
            “Korang memang tak guna! Disebabkan korang, Nadira bunuh diri tahu tak?! Pasal korang jugaklah kitorang kena buang sekolah! Hari ni aku akan pastikan korang menyesal seumur hidup!” pekiknya sekuat-kuat hati. Jantungku berdegup laju. Rayyan yang berada dihadapan kami ketika itu seperti dirasuk syaitan.
            “Sabar Rayyan, mengucap.” Kataku cuba menenangkannya.
            “Kau diam Syura!” herdiknya kasar. Aku terdiam sambil menelan air liurku.
            “Apa ni,  benda dah jadi. Nak panjang-panjangkan lagi buat apa. Lagipun bukan salah kitorang pun. Kau yang khianat aku Rayyan, sedar sikit!” balas Zamir. Aku jadi tidak keruan kerana tidak tahu untuk berbuat apa-apa.
            “Tak salah kau cakap? Dira bunuh diri sebab korang tahu tak?!”
            “Si Nadira tu bunuh diri sebab dia tu bodoh, tak belajar agama.” Ucap Zamir selamba. Aku dapat melihat kesabaran Zamir semakin tipis. Aku terus memegang lengannya mengharapkan Zamir mengalah dan berlalu pergi dari situ.
            “Kurang ajar!” Jerit Rayyan lalu terus meluru hendak menyerang kami. Zamir terus menolakku ke tepi. Aku terjatuh kerana Zamir menolakku dengan kuat. Pergaduhan telah berlaku antara Zamir dan Rayyan. Aku terpaku dan tidak tahu hendak buat apa pada waktu itu. Tiba-tiba wajah Dayang menyinggahi benakku. Aku cepat-cepat menghubunginya dan meminta pertolongan darinya untuk melaporkan kepada pihak polis.
            Zamir dan Rayyan terus bercakaran. Rayyan ternyata tidak berpuas hati kerana Zamir dapat menahan setiap asakkannya. Di satu ketika, Zamir menendang perut Rayyan dengan kuat menyebabkan Rayyan terlentang. Dia mengerang kesakitan. Setelah memastikan Rayyan tidak dapat bangkit lagi, Zamir datang menghampiriku untuk memastikan aku tidak diapa-apakan.
            “Kau okey?” soalnya cemas. Aku hanya mampu mengangguk. “Maaflah, aku tertolak kau kuat sangat tadi.” Ucapnya perlahan. Wajahnya dibasahi keringat. Zamir membantuku untuk bangun dan tiba-tiba dia menolakku kembali. Aku tidak tahu bagaimana terjadi tetapi ketika aku mula menyedarinya, Zamir telah pun berlumuran darah. Bajuku terkena sedikit percikan darah Zamir. Rayyan telah menikamnya. Aku menjerit sekuat hatiku. Rayyan yang seperti baru tersedar dari perbuatannya itu terus menarik pisau yang terbenam di dalam perut Zamir. Dia terundur-undur sambil melihat pisau di tangannya. Rayyan memandangku dan Zamir yang sudah terduduk silih berganti. Pisau dalam genggamannya terlepas dan Rayyan terus lari meninggalkanku dan zamir yang kesakitan di tempat kejadian.
            Aku terus menghampiri Zamir yang sudah pun terbaring kesakitan berlumuran darah. Aku segera memangku kepalanya. Wajahnya pucat berkeringat. Air mataku mula menitis melihatkan keadaan Zamir ketika itu.
            “Zamir… bertahan ya. Ak.. aku call ambulans. Sabar ya Zamir,” kataku tergugup gagap.
            “Tak payah lah, Syura.. Ak..aku okey ni. A.. aku kan kuat.” Ucapnya cuba untuk senyum. “Nasib baik a.. aku yang kena. Dia nak tikam kau tadi, nasib ba… baik.” Tangisanku makin lebat mendengarkan kata-katanya. “Kenapa kau halang?” soalku sebak.
            “Aku sa…sayang kau Syura,” aku menangis lagi mendengar ucapannya itu. “Terima kasih, Syura” ucapnya perlahan. Tatkala itu polis dan ambulans telah pun sampai. Zamir meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital. Dia telah kehilangan banyak darah. Polis telah mengambil keteranganku mengenai kejadian itu. Bapa dan ibu tiri Zamir juga telah dimaklumkan. Rayyan telah ditangkap dan dikenakan hukuman yang setimpal dengan perbuatannya.
            Zamir pergi meninggalkan aku bersama kenangan yang telah kami lalui bersama. Aku tidak sempat mengatakan isi hatiku kepadanya tetapi aku gembira kerana telah tahu perasaannya terhadapku. Megat Zamir akan tetap subur dalam ingatanku. Dialah lelaki pertama yang berjaya mencuri hatiku walaupun detik pengenalan kami dipenuhi suka dan duka.

*    *    *    *    *     *    *     *    *     *    *

            Hari ini, genaplah lima tahun Zamir meninggalkan aku dan seperti tahun-tahun yang sebelumnya, aku mengunjunginya di tanah perkuburan ini setiap tahun untuk menemaninya. Bacaan Yaasiin dan doa aku hadiahkan untuknya. Itu sahajalah yang mampu aku berikan untuk membalas segala perbuatannya. Setelah selesai urusanku, aku bangun untuk meninggalkan tanah ini.
            Semasa aku berjalan menuju ke pagar tanah perkuburan itu, satu suara menyapaku dari belakang. Hampir-hampir air mataku tumpah kerana aku terlihat Zamir berjalan menghampiri aku.
            “Maaf cik, cik ni yang saya terlanggar hari tu masa kat depan CIMB tu kan?” soal pemuda yang seiras Zamir itu. “Dari hari tu saya cari cik, jumpa pun akhirnya.” Katanya lagi.
            “Ha? A.. ya saya. Kenapa ya?” soalku padanya.
            “Ni.. saya terambil cik punya student ID masa tu. Saya tak perasan,” ujarnya sambil tersenyum.
            “Oh, patutlah saya cari tak jumpa. Terima kasih ya.”    
            “Jenguk siapa kat sini?” soalnya ramah.
            “Kawan,” balasku ringkas. Wajahnya saling tak tumpah seperti arwah Zamir.
            “Oh, saya jenguk parents saya kat sini. By the way, saya Azrul.” Katanya lagi. “Asyura, Asyura Amani.” Balasku ringkas.
            Kami berbual seketika dan bertukar-tukar nombor telefon. Aku senang berkenalan dengannya kerana Azrul seorang yang peramah. Ketika aku hendak masuk ke dalam kereta, aku berpaling ke arahnya. Dia melambai-lambaikan tangannya ke arahku. Aku tersenyum dan membalas lambaiannya lalu terus masuk ke dalam kereta.
            Dalam diam aku berharap, agar pertemuanku dengan Azrul membawa seribu makna dan membuka sebuah lagi cerita. Dan pastinya, cerita itu bukanlah cerita yang dipenuhi air mata tetapi gelak ketawa.

*    *    *    *    *     *    *     *    *     *    *

Dari tanah perkuburan itu tanpa Asyura sedari, roh Zamir memerhatikan keretanya sambil tersenyum. “Aku harap kau akan temui kebahagiaanmu, Syura.” Ucap roh Zamir. Seraya itu, roh Zamir perlahan-lahan memudar dan akhirnya hilang dibawa angin lalu.
~ TAMAT ~


Monday, 16 February 2015

Celebrity Crush: Lee Pace! *drooling*

Assalamualaikum and a very good day to you!
Hola mi amigo!


Okay, so today I'll be babbling about my celebrity crush.




Lee Pace! *screams hysterically*


Please excuse me while I go and calm myself down. *inhales, exhales* Okay let's continue our topic but before we proceeds with this hottie, please forgive me if my grammar seems horrible to you. English is not my main language but I'm trying to make my blog internationally known. LOL. 


So, I have several celebrity crushes like Tom Hiddleston, Tom Hardy, Chris Evans, Luke Evans, Joseph Gordon Levitt, James Franco, Dave Franco, Zac Efron, Orlando Bloom, Johnny Depp and many more! If I continue this list, I will end up posting my celebrity crush list! Ha! 


In this post, I want to say about this particular actor, who was born in Oklahoma USA. He's tall, VERY tall as he's 1.96m. If I have the luck to meet him eye to eye, I would be looking like a hobbit standing beside him *cries internally*. JK I'm not that short actually, I'm 1.6m. Is it considered as short? I don't think so because in my country, it is pretty normal. Honestly, I never knew him before this. The first movie I watched with him as one of the characters is The Hobbit: The Battle of The Five Armies. I never watched The Hobbit movies before TBOFA. It's because I watched LOTR when I was a kid so I don't remember much about the stories. So to avoid being confused by The Hobbit movies, I refused to watch them (my logic is really weird). 


It happens one day, when my dad suddenly say "Hey, let's watch TBOFA" and I was like "whut?? I didn't watch the prequels so how am I supposed to understand WTF is happening?" but then it hits me like a train. I'm a pirate, dammit! Just download the movies! That's why I decided to join them and watch TBOFA in the cinema. My first impression was like 'holy shit! dragon! wait I know his name, Smaug! I knew Smaug from 9gag (yes, I am a hardcore 9gagger. Long Live King Leo!)


Then, I saw him as Thranduil and I was like 'damn, he's fabulous' and back then I already knew him as Legolas' dad, also courtesy of 9gag. Well, there's not much I remember about LOTR. Some of them are Gandalf the White, Saruman, Aragorn, Arwen, Frodo and of course Legolas. Of course I remember the hot elf dude with an amazing archery skills. (I mean, who wouldn't??) Okay, moving on. As I watched TBOFA, I couldn't take my eyes off Thranduil and his magnificent elk. And then, Fili died, and Kili, and then Thorin. But I'm more disturbed by the fact that I won't be seeing Thranduil again and it kills me inside. 


So when I get home that day, I google-d this Lee Pace dude and I realise he's the same guy to play Ronan the Accuser in Guardians of the Galaxy.  He's so damn good in GOTG and I can see that he's having the time of his life being a villain. It boggles my mind on how awesome he really is, so I search for all his movies and TV shows and I'm afraid to admit that I downloaded most of them. Heh. Please don't judge me. After that, I watched The Fall and Pushing Daisies and I have fallen completely in love with him. COMPLETELY. I mean, he's a GREAT actor. Mark my words, GREAT, AMAZING, TALENTED and breathtakingly GORGEOUS. Especially in Pushing Daisies, he plays the guy who can wake the dead by his touch and he bake pies. And I must admit, he seems much more delicious than the pies that he bake (God, that sounds creepy). That show is so beautiful and sad and if you're curious, then go and watch it but unfortunately the show got canceled after 2 seasons.


There's this movie, Soldier's Girl. It was his first movie and he plays a transsexual Calpernia Addams who falls in love with a soldier. I'm not sure why, but I don't have the courage to watch the movie. Perhaps because it would be weird and awkward to see my crush as a girl? I don't know but I really want to see it though. Some other days maybe, but not today. To be honest, I still don't have the time to watch all of the films he played because I don't have the time to do so.


I don't know why, but there's something about him that makes me smile every time I see his pictures. Maybe because he seems like a decent person. I mean based on what I read on the internet, he seems like a humble person. I know I'm not supposed to believe in everything I read online but I DON'T CARE. I know a good person when I sees one and he doesn't share much about his personal life which is a good thing. Seeing him makes my day brighter and I never felt like this to any other actors. Even Tom Hiddleston fails to make me happy just by seeing his pictures. I really hope I could meet him one day and did I mentioned he has an amazing voice that takes your breath away? Yes, he does and I want this guy to narrate my life, like seriously. Some people say he's gay but my heart says no he's not and I trust my instinct with my LIFE. Okay, I think this is enough. Good day and may peace be upon you.




Here, I sneaked some pictures of Lee Pace. Please enjoy them. Thanks! 


Lee Pace in The Fall




*faints*
 
As Ned in Pushing Daisies


Lee Pace as Thranduil the elvenking

Yup, that's him as Calpernia Addams in Soldier's Girl. I can hardly recognize him at first.