"Dania, tolong bacakan
perenggan yang seterusnya," kata Puan Halimah. Beliau merupakan guru
bahasa melayu kelas 5 Hang Lekiu.
Dania terkedu kerana dia tiada suara
untuk membaca. Dia menulis sebuah nota lalu diberi kepada rakan di sebelahnya. Nota
itu bertulis 'tolong cakap kat cikgu aku takde suara so tak boleh baca, tolong
ye.'
Rakannya itu memandangnya penuh
hairan. Dia juga menulis nota yang berbunyi 'kenapa aku pulak?'
"Dania...cepatlah awak tak dengar
saya panggil ke?" kata Puan Halimah lagi.
Dania memandang rakannya itu lalu
membuat muka minta dikasihani. Rakannya itu mengalah jua akhirnya.
"Cikgu, Dania ni takde suara
jadi tak boleh baca," kata Mukhriz dengan muka bosan.
"Oh..patutlah. Kalau macam tu
Mukhriz, tolong bacakan bagi pihak Dania ye."
"Baik cikgu," balas Mukhriz
lalu terus membca sehingga selesai.
"Okey semua, waktu BM dah habis,
saya nak awak semua siapkan rumusan ni kat rumah. Esok saya nak tengok. Teriam
kasih semua." Kata Puan Halimah mengakhiri pengajarannya untuk hari itu.
'Terima kasih ea'. Dania menghantar
nota lagi.
'Untuk apa?' balas Mukhriz.
'Tadi tu, kau tolong bagitau cikgu aku
takde suara.'
'Eleh..small matter je tu'
'Haha ok2, nama kau siapa eh? aku tak
pernah tau,' tanya Dania. Sejujurnya Dania memang tidak mengenali rakannya itu.
Hal ini kerana Mukhriz merupakan pelajar baru yang baharu sahaja seminggu
berpindah ke sekolah itu. kebetulan pula Dania tiada di sekolah sepanjang
minggu kerana mewakili sekolah dalam kejohanan hoki.
'Mukhriz Zulkarnain. Eh, kau memang
bisu ke apa?' soal Mukhriz pula.
'Eh bukanlah. Aku hilang suara. Sakit
tekak. Aku Dania Insyirah.'
'Aku tau la. Tapi nama kau bukan ke
ada Tengku?' Mukhriz terus bertanya.
'Haha memang la. Tapi nama aku Dania
Insyirah, nama Tengku tu family aku punya.' Jelas Dania dalam notanya.
'Oh..ok aku nak balik ni. Kau tak
balik ke?'
'Laa..sekolah dah habis ke? tak
perasan pulak. Haha bye jumpa esok.' Dania terus mngemas buku-bukunya.
Semasa hendak keluar dari kelas,
tiiba-tiba Mukhriz menjerit. "Bye Tengku! Jumpa esok!" lalu dia
keluar dari kelas dengan sengihan yang lebar.
Muka Dania memerah kerana malu.
Rakan-rakan sekelasnya yang lain memandangnya dengan penuh tanda tanya. Dania
terus mencapai begnya lalu keluar adri situ. 'Aduss...mesti diorang pikir aku
ni ada affair dengan mamat tuh.'
Sesampai saja di rumah, dia dikejutkan dengan kehadiran
sebuah kereta Suzuki Swift berwarna putih. Seorang wanita berpakaian seksi
dengan mini skirtnya dan baby tee ketat yang menampakkan tubuhnya keluar dari
perut kereta. 'La..minah ni rupanya. Menyemak je la.' Bisik Dania di dalam
hati.
"Hai Dania. Abang Darwish ada
kat rumah tak?" Sapanya smbil melenggang lenggok berjalan menghampirinya.
Dania cuma diam dan membalas sapaan itu dengan senyuman paksa.
'Hishh....dah bisu ke apa budak ni.
Aku tanya buat tak atu je. Pekak agaknya.' Kutuk Aryna dalam hati.
"Hei...aku tanya ni. Abang kau
ada tak?" Tanya Aryna.
Dania hanya membalas dengan
menjungkitkan bahunya tanda tidak tahu. Aryna mencebik dan terus masuk ke dalam
ruamh Dania.
'Eh Pompuan tak guna ni. Dia ingat tu
rumah bapak dia agaknya sesuka hati je nak masuk. Dah la pakai baju macam tak
pakai baju. Nak bagi orang lain kenyang la tu tengok badan dia yang keding
macam kambing tak cukup zat tu.' Kutuk Dania dalam hati.
Dania terus masuk ke rumahnya dengan
muncung yang panjang. Dia sangat tidak suka pad abuah hati abangnya itu. Pernah
suatu ketika dulu Aryna melayannya macam hamba di rumahnya sendiri. Waktu itu
abangnya Tengku Darwish Iskandar tiada di rumah kerana ada kerja di Pulau
Pinang. Abangnya meminta Aryna tinggal di rumah itu untuk menjaga Dania selama
seminggu sepanjang ketiadaannya. Tetapi, Dania dijadikan semacam hamba di
rumahnya.
"Dania..tolong basuh pinggan."
"Dania...nanti kemas bilik ni,
berhabuklah."
"Dania....nanti jangan lupa
jemur baju tu."
Dania itu,Dania ini. Pening kepalanya
melayan kerenah Aryna itu. Pernah juga
dia mengadu dilayan macam hamba pada abangnya. Malngnya, dia pula dimarahi
kerana dituduh cuba memisahkan mereka berdua.
"Kau jangan cuba nak hasut aku
Dania. aku tau kau tak suak kat aryna tu. Tapi jangan la tuduh dia macam tu." Begitulah kata-kata yang pernah
dilemparkan padanya dulu.
Ibu bapa Dania tidak ada di sini.
Mereka tinggal di Seoul, Korea Selatan kerana ada urusan perniagaan di sana.
Setiap bulan, mereka akan pulang ke tanah air untuk menjenguk Dania dan
Darwish. Mereka juga memberikan duit buat perbelanjaan untuk mereka berdua.
Pernah juga Dania mengugut abangnya yang dia akan pergi ke Seoul jika abangnya
tidak mahu meninggalkan Aryna.
"Dah la abang. Kalau abang tak
nak jugak berpisah dengan Aryna tu, Dania anak tinggalkan rumah ni." Kata
Dania suatu masa dulu.
"Pergi lah. Kau nak pergi mana
je pun? Bukannya kau kenal saudara mara kita kat luar sana tu." Balas
Darwish.
"Dania nak pergi Seoul. Dania
nak duduk dengan mama dengan abah kat sana. Padan muka abang kena duduk
sorang-sorang kat rumah." Kata Dania lagi.
"Eleh...macam la kau tau mama
dengan abah duduk kat mana. Korea tu besar, bukannya kecik kau nak cari macam
mana? Kau bukannya reti cakap Korea pun. Akhirnya Dania mengalah dan terus
masuk ke biliknya. Dia menangis semahunya.
"Oi...apa kau buat kat luar
tu? Tak reti nak masuk ke? Berangan la tu." Berkecai lamunan Dania
mendengarkan teguran abangnya itu. Dia meletakkan basikalnya di tempat biasa
lalu masuk ke rumah.
Semasa dia hendak menutup pintu,
dia terlihat Aryna yang sednag duduk bersantai di ruang tamu dengan skirtnya
terselak sedikit menampakkan pehanya yang putih itu.
'Eihh....geli la aku tengok dia
ni. Tau la putih, tak payah la tunjuk kat aku. Aku tak nak tengok la!"
Gerutunya di dalam hati.
Dia terus berlalu ke biliknya dengan
perasaan yang berbuku di hati. Dia mandi dan terus menunaikan solat zuhur. Dia
berdoa di dalam hati agar Allah mengembalikan suaranya dan membuka pintu hati
abangnya agar melihat kebenaran di sebalik topeng yang dipakai Aryna.
"Dania! Abang nak
keluar ni, nanti kau masak la apa-apa kalua lapar. Tak payah tunggu abang
balik. Jangan pulak lupa kunci pintu ni. Abang bawak kunci." Abangnya
menjerit dari tingkat bawah. Dania terkejut lalu mengurut-urut
dadanya.'Hishh...mamat sekor ni. Tercabut jantung aku dibuatnya.' Katanya di
dalam hati.
Dania bangun dan melipat
telekungnya. Dia terus ke meja belajarnya untuk menyiapkan kerja sekolah yang
diberi oleh cikgu. Semasa dia mencari buku latihan Bahasa Melayunya, dia terjumpa
nota yang ditulis oleh Mukhriz. Dia tersenyum sendiri mengingatkan kejadian di
sekolah tadi.
Malam itu Dania tertidur awal. Dia
tidur selepas menyiapkan semua kerjanya. Sedang dia lena dibuai mimpi, telefon
bimbitnya berbunyi. Dania terjaga dari tidur dan menjawab panggilan itu.
Panggilan dari abangnya, Darwish.
"Weh! Kau ni tak bagi aku
masuk rumah ke ha?" Sergah Darwish tanpa memberi salam terlebih dahulu.
"Eh, abang ni orang Yahudi ke
tak reti nak bagi salam?" Tanya Dania dengan suara yang serak
tersekat-sekat. Suaranya ada semula tanpa dia sedari.
"Kepala lutut kau la Yahudi!
Cepat turun bukak pintu ni! Aku bagi kau masa 30 saat je dari sekarang."
Kata Darwish. Dania turun dari katil dengan malas. Dia terus ke tingkat bawah
untuk membuka pintu.
"Apa hal kau kunci pintu ni?
Tak pikir ke aku nak masuk macam mana?" Sergah Darwish sebaik pintu
dibuka.
"Apa abang ni? TAdi sebelum
keluar kan abang ada pesan kat Dania abang ada bawak kunci. Abang sendiri yang
suruh Dania kunci pintu. Dah lupa ke? Ni kira baik la Dania bukak pintu ni.
Kalau ikutkan hati Dania biarkan je abang kat luar tu. Baru abang tau. Nak
marah orang pulak, dia yang nyanyuk." Balas Dabia pula.
"Pandai kau menjawab ye, kecoh
la kau. Dah, pergi kunci pagar tu. Aku nak tidur." Darwish berlalu ke
biliknya. Dania sangat kesal dengan sikap abangnya yang beubah mendadak sejak
dia berkenalan dengan Aryna. Dania terus ke biliknya dan menyambung tidurnya
yang terganggu sebentar tadi.
Keesokkan harinya, Dania pergi ke
sekolah seperti biasa. Sesampai saja di kelas, ada satu suara menegurnya dari
belakang. "Hai Tengku. selamat pagi, dah ada suara ke belum ni?"
Suara itu rupanya milik Mukhriz Zulkarnain.
"Oh..hai. Dah ada suara tapi
macam ni la serak macam apa je." Balas Dania sambil tersenyum.
"Ok la tu. Tak payah aku
bazirkan kertas nak borak dengan kau," kata Mukhriz.
"Kau tak payah la panggil aku
Tengku, panggil Dania je la."
"Ye la, Tengku," balas
Mukhriz dengan sengihan yang lebar.
"Apa-apa je la Mukhriz."
Pembelajaran pada hari itu berjalan
seperti biasa. Dania aka menduduki peperiksaan SPM pada tahun ini. Dia dan
Mukhriz pula semakin hari semakin rapat. Mereka selalu belajar bersama-sama.
Mereka juga selalu berbincang tentang keraja rumah bersama-sama. Ada antara
rakan-rakan mereka menyangka mereka merupakan pasangan kekasih. Akan tetapi,
kenyataan itu disangkal oleh Dania dan Mukhriz. Dania pula seboleh-bolehnya
tidak mahu terjebak dalam cinta. Baginya, terlalu awal untuk bercinta pada usia
begini.
Pada suatu petang, sedang Dania
berlatih bermain hoki, sebuah bola sepak terkena kepalanya. Dania terusrebah ke
tanah akibat bola itu. Semua ahli kelab hoki mengerumuni kapten mereka itu.
Kejadian itu telah menimbulkan kekecohan di kawasan padang. Jurulatih mereka,
encik Ramlan mengangkat Dania lalu menghantarnya ke bilik rawatan.
Guru pembimbing kelab hoki, Puan
Suraya menenangkan dan membubarkan pelajar yang berkumpul di hadapn bilik
sakit. Dia terus pergi ke padang dan bertanya siapa yang melakukan perkara
tadi. Semua pelajar kelab bola sepak tercengang-cengang. Tiba-tiba Mukhriz
menghampiri guru itu. Dia mengaku dialah yang melakukannya.
"Saya minta maaf cikgu, saya tak
sengaja. Saya tak berniat nak cederakan sesiapa pun." Kata Mukhriz
mengakui kesalahannya.
"Ye...saya tahu. Tapi saya
harap awak tak buat macam tu lagi. Gugur jantung saya tengok Tengku Dania tu
erbah terkena bola tu tadi." Kata Puan Suraya.
"Siapa, cikgu? Siapa yang
terkena bola tu tadi?" Tanya Mukhriz.
"Tengku Dania Insyirah. Kapten
hoki perempuan, kenapa?" Soal Puan Suraya pula.
"Dia kat mana sekarang,
cikgu?"
"Kat bilik sakit,"jawab
Puan Suraya.
"Terima kasih cikgu." kata
Mukhriz terus berlari ke bilik sakit. Dia risau akan keadaan Dania. Sungguh,
kalau di tahu Dania ada di situ, tak mungkin dia akan menyepak bola itu tadi.
Sebaik sampai di bilk rawatan, pegawai perubatan sekolah itu terkejut melihat
kemunculan Mukhriz di situ.
"Awak buat apa kat sini? Awak
sakit ke?" Soal pegawai itu.
"Tak, saya nak tengok Dania.
Macam mana dia sekarang?" Tanya Mukhriz dengan cemas.
"Awak ni siapa?" Tanya
pegawai itu tanpa menjawab pertanyaan Mukhriz.
"Saya Mukhriz Zulkarnain, saya
yag sepak bola tu tadi. Err....dia tak apa-apa ke?"
"Oh...tak, dia tak apa-apa.
Pengsan je, awal lain kali hati-hati ye. Nak sepak bola tu boleh, tapi
tengok-tengok orang jugak." Pesan pegawai itu.
"Ye cik, saya akan
berhati-hati."
"Dia ni girlfriend awak ke?"
Tanya pegawai itu tiba-tiba.
"Tak lah. Saya kawan je dengan
dia." Jawab Mukhriz.
"Oh..tak pe lah kalau macam tu.
Awak tolong jaga dia ye. Kalau dia dah sedar nanti, awak bagi dia ubat ni,
untuk hilangkan pening. Saya banyak kerja lagi ni. Tapi ingat, jangan buat
apa-apa pulak kat dia. Jangan usik anak dara orang ni. Nanti saya pulak yang
kena. Saya pergi dulu ye." Pesannya lagi.
''Ye lah." jawab Mukhriz.
Dia menunggu di situ. Kebosanan, dia
membelek-belek barang yang ada di dalam bilik rawatan itu. Melihat-lihat
persekitaran di bilik yang lengkap dengan barang-barang keperluan itu. Dia
duduk di sebelah katil Dania sambil matanya meliar ke persekitaran bilik. Dia
melihat jam di tangannya, pukul 3 petang. Sedang melihat-lihat keadaan bilik
itu, matanya terarah pada wajah Dania.
'Hmm..cantik jugak minah ni rupanya.
Bulu mata stok nak panjang je. Hidung tu tak boleh mancung lagi ke? Muka putih,
merah-merah pulak tu. Hehe panas la tuh. Tu la lain kali bilik ni kena pasang
air-cond, baru sejuk. Tapi rambut dia panjang ke pendek ye?' katanya di dalam
hati.
'Haishhh..apa la aku ni, tenung anak
orang macam tu pulak. Tapi kenapa akak tadi tu tak bukakkan tudung dia? Tak
panas ke?' Tiba-tiba tangannya gatal hendak bukakan tudung Dania. Tetapi
hasratnya tak kesampaian kerana mata Dania terbuka sedikit. Mukhriz membatalkan
niatnya lalu cepat-cepat menarik tangannya semula.
"Aku kat mana ni?" Tanya Dania
sebaik sedar dari pengsan.
"Kat....kat bilik rawatan."
Kata Mukhriz. 'Hishh...asal gagap pulak aku nih....'
"Bilik rawatan? Kenapa
dengan aku?"
"Errr...tadi masa kat padang aku
sepak bola tu kuat sangat sampai terkena kepala kau. Pastu kau pengsan so coach
kau bawak kau ke sini. Diorang suruh aku temankan kau sampai kau bangun."
Terang Mukhriz panjang lebar.
"Oh...pukul berapa
sekarang?" Tanya Dania.
"4.30 petang." Jawab
Mukhriz.
"Haa?? 4.30? Alamak...aku kena
balik ni. Nanti bising pulak abang aku tu." Kata Dania sambil cuba bangun
dari katil itu.
"Eh....nanti jap. Jom aku
hantar kau balik. Sebagai tanda maaf dari aku. Boleh?" Cadang Mukhriz.
"Yelah...jom cepat. Dah lambat
ni."
"Eh....cop-cop. Kau kena makan
ubat ni dulu. Akak tu suruh."
"Ubat? Akak mana ni?" Soal
Dania, curiga.
"Akak pegawai perubatan tu la.
Dah-dah, makan cepat ubat ni."
"Kau sure ni ubat akak tu
kasi?" Tanya Dania lgi.
"Heh...kau jangan nak pikir
bukan-bukan. Tak de maknanya aku nak jerat kau. Buang masa je," sangkal
Mukhriz.
Dania tersengih lalu berkata
"Hee..saja je lah. Aku tau kau takkan buat macam tu punya."
"Dah tu, makan la cepat ubat ni.
Banyak cerita pulak dia ni."
"Ye lah.....bluekkk. Tak
sedap."
"Mana ada ubat yang sedap.
Sengal."
Mereka bertolak pulang ke rumah
Dania dengan menaiki basikal Dania. Ini kerana Mukhriz tidak mempunyai basikal
kerana dia ke sekolah berjalan kaki. Sesampai di rumah, Dania pelik kerana
kereta abangnya tiada di garaj. "Mana abang aku ni? Tak balik lagi
ke?"
"Kenapa? Abang kau takde kat
rumah ke?" Soal Mukhriz. Dania menggelengkan kepalanya.
"Takpe lah Mukhriz. Kau balik la
dulu, terima kasih ye hantarkan aku balik." Kata Dania dengan seulas
senyuman.
"No hal lah. Sorry tau pasal
tadi. Aku betul-betul tak sengaja. Kalau aku tau kau ada kat situ, memang aku
takkan rembat bola tu tadi." Kata Mukhriz penuh kesal.
"Benda dah jadi, nak buat macam
mana. Lagi pun sikit je. Tak teruk mana pun."
"Ok lah kalau macam tu. Jumpa esok kat
sekolah. Bye!" Kata Mukhriz sambil mengenyitkan matanya.
Dania terkedu seketika melihat reksi
Mukhriz itu tadi. Setelah kembali ke alam nyata, dia menuntun basikalnya masuk
ke kawasan rumah. Malam itu, sekitar jam 10 malam abangnya pulang. Mukanya
jelas menunjukkan dia sedang berduka cita. Tiba-tiba abangnya memeluk Dania
erat dan menangis.
"Eh bang. Asal pulak ni? Siapa yang
mati?" Tanya Dania hairan.
"Dania, abang mintak maaf
banyak-banyak sebab tak percayakan Dania selama ni." Kata Darwish bersama
tangisan.
"Kenapa, apa dah jadi? Kenapa
menangis macam budak kecik ni?"
"Aryna, dia tipu abang. Selama ni
apa yang dia cakap kat abang semuanya tipu. Dia ada lelaki lain. betul la apa
Dania cakap. Dia bukan perempuan yang baik. Dia jahat. Dia perempuan tak
guna!" Bentaknya setelah melepaskan pelukan.
"Dah la tu. Banyak lagi orang
yang baik kat luar tu. Lupakanla Aryna tu. Tak payah ingat kat dia lagi."
nasihat Dania.
"Sorry ye Dania. Selama ni abang
tak sangka Aryna jahat orangnya. Abang percaya kata Dania sebelum ni. Bagi
abang peluang tebus kesalahan abang tu Dania. Dania nak apa, abang bagi. Apa
je, jangan mintak nak kahwin dah la."
"Hish...apa la abang ni. Dania
nak abang hantar Dania pergi sekolah esok, boleh?" Kata Dania dengan
senyuman.
"Okey, kerja senang je tu. Dah
la pergi tidur, dah pukul berapa ni."
"Ye la good night abang.
Assalamualaikum."
Semasa di dalam bilik, tiba-tiba
Dania teringatkan senyuman Mukhriz. Kerana itu juga, hatinya berdebar-debar dan
dia tidak sabar untuk menunggu hari esok. Dalam erti kata lain, dia tidak sabar
untuk ke sekolah esok. Dania tersenyum dalam tidurnya.
Hari berganti hari, peperiksaan SPM
pun tiba. Dania telah berusaha dan belajar bersungguh-sungguh sepanjang tahun
ini. Hari ini merupakan hari terakhir SPM. dania telah bertukar-tukar nombor
telefon dengan kawan-kawannya, dan itu tidaak terkecuali Mukhriz.
Entah kenapa, saat bertentang mata
dengan Dania, hati mukhriz berdebar-debar. Begitu juga Dania. Jiwa dan perasaan
mereka tidak tenteram. Seperti ada yang dipendam, tetapi tidak pasti apakah ia.
Sepanjang cuti selepas SPM, Dania dan Mukhriz selalu berhubung. Melalui
panggilan telefon mahupun SMS. mereka sebenarnya memendam rasa dan menunggu masa
untuk meluahkan segalanya.
Pada hari Dania hendak mengambil
keputusan SPMnya bersama Darwish, mereka didatangi Aryna.
"Apa kau nak lagi ni?" Tanya
Darwish dengan kasar.
"Sayang, I rindu sangat kat you. I
janji I takkan buat lagi. Tolonglah maafkan I Darwish, please." Rayu
Aryna.
"Pergi mampuslah kau perempuan tak
guna. Kau ingat aku ni bodoh ke? Dah la, aku benci tengok muka kau. Baik kau
pergi sekarang."
"Darwish, sampai hati you cakap
macam tu kat I. I am so sorry dear. Please forgive me." Rayu Aryna lagi
dengan linangan air mata buayanya itu. Aryna memang bijak berhelah.
"Dah la bang, jom pergi. Tak payah
layan perempuan gila tak tau malu ni. Jom," Ajak Dania.
"Hei! Kau ni memang tak guna ,
kan?! Kau la ni yang hasut abang kau tu tinggalkan aku. Kau memang takkan
selamat Dania. Takkan selamt!!" Pekik Aryna.
"Weh pompuan. Kau tak payah nak
maki adik aku macam tu. Pergi kau dari sini. Jangan ganggu hidup kitorang lagi.
Jom Dania." kata Darwish sambil menarik tangan Dania.
"Aku benci korang! Benci! Korang
memang takkan selamat!Takkan
selamat!" Jerit Aryna sambil berlari meninggalkan mereka berdua di
situ.
"Apa masalah minah senget tu? Dah
biul ke?"Soal Dania.
"Entah la." Jawab Darwish
sambil menjungkitkan bahunya. "Dah la jom pergi nanti lambat pulak."
Mereka selamat sampai di sekolah pada
jam 10.45 pagi. Semua pelajar tidak sabar menunggu keputusan SPM mereka. Ada
yang ketawa, termenung dan bermacam-macam lagi. Dalam keriuhan itu, Dania
tercari-cari seseorang. Tiba-tiba bahunya disentuh lantas Dania berpaling.
Mukhriz, itulah orang yang dicari-cari.
"Hai. Cuak tak?"tanya Mukhriz
ramah.
"Mestilah. Apa punya soalan la
tu."
Tiba-tiba, guru mereka menyuruh semua
pelajar yang mengambil keputusan berkumpul di satu tempat. Hal ini kerana,
keputusan telah sampai. Dania mendapat keputusan yang cemerlang. Begitu juga
dengan Mukhriz. Mereka bertukar-tukar ucapan tahniah. Rakan-rakan yang lain
juga ramai yang cemerlang.Pelbagai reaksi yang ada. Menangis, menjerit, meraung
malah ada yang pengsan tidak percaya.
Dalam keriuhan itu, tiba-tiba Dania
merasakan ada orang menyelitkan kertas di dalam tangannya. Dia membuka nota itu
yang bertulis ' Jumpa aku kat padang netball, Mukhriz.' Dania tersenyum
sendiri. Dia pergi ke padang bola jaring seperti yang disuruh dengan penuh
tanda tanya.
"Kenapa Mukhriz? Kat sini kan
ramai orang, bising. Nak cakap apa dengan aku ni?"
"Tau tak pe, bising kan? Kalau
macam tu kita borak pakai kertas lah." Cadang Mukhriz.
"Menggedik lah dia ni. Aku ni go
green tau, sayang pokok. Kesian pokok-pokok tu kalau semua orang macam kau ni. Tak
cukup oksigen lah manusia."
'Hah, kenapa nak jumpa ni?' nota
pertama dari Dania.
'Saja je. Rindu la. Haha ;P' Balas
Mukhriz.
'Main-main la dia ni. Cakap la
betul-betul.'
"Betul-betul" kata Mukhriz
tiba-tiba.
"Hei! Main-main eh" kata
Dania sambil mencubit lengan Mukhriz.
'SAKITLAH!!' tulis Mukhriz pada
notanya.
'Padan muka, main-main lagi. ;P'
'Tak sakit pun sebenarnya. Hehe Dania
sihat?' Soal Mukhriz.
'Kenapa tanya macam tu? Mestilah
sihat.'
'Saje je. Hehe :)' Balasnya ringkas.
"Mukhriz ni kalau tak ada apa-apa
Dania nak balik la." Kata Dania lalu bangun.
"Nanti dulu. Duduk la dulu kat
sini, Mukhriz tak habis cakap lagi
ni."
'Hmm..nak apa ni? Cakap la cepat,'
tulis Dania di dalam notanya.
'Dania ada boyfriend?' Soalan bodoh
dari Mukhriz.
'Tak. Kenapa?'
'Kalau Mukhriz cakap Mukhriz suka Dania
macam mana?'
'Ha? Biar betul. Tak percaya lah.'
'Betul. Mukhriz betul-betul suka Dania.
Kali ni Mukhriz tak main-main. Mukhriz jujur ni.' Jelasnya bersungguh-sungguh.
'Tapi sejak bila?' Soal Dania.
'Sejak insiden bola sepak tu.'
'Oh..haha ye ke? Kenapa tak bagitau
masa tu je?'
'Masa tu Mukhriz tak sure lagi. Lagipun
kan Dania kata Dania tak suka benda-benda macam ni masa zaman sekolah. Mukhriz
takut Dania tak suka. Dania suka Mukhriz tak?'
'Mukhriz rasa?' tanya Dania lagi.
'Entahla. Tak tau nak cakap macam mana.
Tapi kalau tak suka tak pe, Mukhriz tak kisah.' Tiba-tiba dia menyanyi "
sakit hati...sakit sekali....pabila cinta yang aku beri tak dihargai...."
"La...sedihnya lagu. Apa kena
pulak awak ni?" tanya Dania.
'Yela, orang tu dah tak suka kita.
Mesti la lagu sedih sikit. Takkan lagu waka waka pulak.' Tulisnya lagi.
'Tak cakap pun Dania tak suka Mukhriz.
Dania pun suka Mukhriz tapi tak tau sejak bila. =)' balas Dania.
'So, jadi la kita ni?' Soalnya sambil
tersengih.
'Jadi apa?' Tanya Dania.
'Blur la dia ni. Kita couple =)'
Sengihnya makin melebar.
Dania memandangnya sambil tersenyum
penuh makna, begitu juga Mukhriz. Bermulalah sebuah cerita cinta di antara Tengku
Dania Insyirah dan Mohd. Mukhriz
Zulkarnain.
TAMAT
No comments:
Post a Comment