“Allah.. maaf saya tak
sengaja,” kata seorang pemuda padaku. Dia telah terlanggarku secara tidak
sengaja.
“Tak apa, tak apa. Salah saya juga, jalan tak tengok
orang,” kataku pada pemuda tersebut. Di saat aku terpandang wajahnya, jantungku
berdegup kencang. Wajahnya bagai seseorang yang aku kenali. Malah, aku cukup
mengenalinya. Dia saling tak tumpah seperti bekas kekasihku yang kini hanya
tinggal nisan sebagai ganti dirinya, arwah Megat Zamir.
“Nah buku-buku cik, kertas ni sekali. Minta maaf sekali
lagi ya,” katanya dan berlalu pergi.
Aku berpaling memandangnya, tetapi sayang dia telah pergi
menjauhiku. ‘Zamir, jangan pergi!’ jeritku di dalam hati. Pertemuanku dengan pemuda
itu telah mengingatkan aku pada kenangan lapan tahun yang lalu.
* *
* * *
* * *
* * *
“Okey murid-murid, hari ni
kita ada pelajar baru. Nama dia Asyura Amani Bt Mohd Ainudin Bakri. Asyura,
kenalkan diri awak pada kawan-kawan semua.” Kata Cik Haslina, guru kelasku.
“Hai semua, nama saya Asyura Amani Bt Mohd Ainudin Bakri.
Saya berasal dari Singapura. Selamat berkenalan,” ucapku sambal tersenyum.
“Ohh… budak Singapore rupanya. Patutlah kerek semacam
je,” kata satu suara dari kalangan rakan-rakan baruku.
“Megat, kenapa awak cakap macam tu pulak?” kata Cik
Haslina lagi lalu menggelengkan kepalanya. Dia seperti sudah masak benar dengan
perangai anak muridnya yang seorang itu. Pelajar yang bernama Megat itu
mencebikkan bibirnya sambil menjelingku.
‘Megat? Huh.. harap muka je handsome tapi mulut macam
longkang.’ Kutukku dalam hati.
“Asyura, awak boleh duduk kat tempat kosong sebelah
Dayang tu ya.” Kata Cik Haslina kepadaku. “Baik cikgu,” balasku kemudian.
Sebaik sahaja aku duduk di tempat itu, rakanku yang hanya
dikenali sebagai Dayang itu menegurku. “Hai, nama saya Dayang Sofea. Nak
panggil awak apa ya?” tegurnya ramah.
“Panggil Syura je. Ermm..”
“Dayang, panggil saya Dayang je. Kenapa kau err awak
pindah Malaysia? Eh.. susahlah ber-saya awak ni. Kau aku je lah, boleh kan?”
Tanya Dayang kepadaku. Aku tertawa mendengar ulahnya yang mencuit hati
ituseraya berkata. “Apa-apalah Dayang, ermm Syura pindah Malaysia sebab mama
dengan papa Syura ada kerja kat sini.” Terangku padanya.
“Oh.. dah lama ke kau duduk Malaysia?”
“Sejak Form 1 Syura dah tinggal kat sini.”
Kringgg!!! Loceng menandakan waktu rehat telahpun
berbunyi. Aku dan Dayang bergerak ke kantin bersama-sama. Sedang aku berjalan,
tiba-tiba aku tersadung sesuatu yang membuatkan aku terduduk melutut di
khalayak ramai.
“Padan muka.” Aku cukup mengenali suara itu yang kini
sedang galak mentertawakan aku. Lalu aku mendongak untuk memastikan aku tidak
tersilap orang. Ya memang dialah orangnya, Megat Zamir. Kenapalah dia ni
menyampah sangat dengan aku agaknya? Bisik hati kecilku ketika itu.
“Hei, Zamir. Kau ni kenapa? Apa salah Syura ni kau nak
buli dia? Batch sendiri pun nak buli ke? budak kelas kau pulak tu, kalau nak
buli pun bulilah junior-junior tu.” Bebel Dayang sambil membantu aku untuk
berdiri.
“Bisinglah kau ni Dayang. Bukan aku buli kau pun, aku
peduli apa. Lagipun kau tak tahu perangai budak Singapore macam mana. Jom la
korang, buat semak mata aku je tengok minah-minah ni.” Katanya sambil berlalu
pergi bersama kawan-kawannya.
“Kau okey tak ni? Boleh jalan tak, ke nak aku dukung?”
pertanyaan yang serius tetapi diselit dengan gurauan. Aku tergelak dan menampar
perlahan bahunya.
“Larat ke?” soalku pula.
“Dahlah, jom pergi makan. Lapar ni,” ajak Dayang sambil
menarik tanganku.
Keesokan harinya, aku kembali ke sekolah seperti biasa.
Sedang aku membelek-belek di dalam mejaku, aku terpegang sesuatu yang sejuk dan
lembik. ‘Sesuatu’ itu bergerak-gerak apabila aku menyentuhnya. Tiba-tiba
‘sesuatu’ itu melompat ke atas ribaku. Rupa-rupanya ‘sesuatu’ itu adalah seekor
katak, binatanag yang sangat aku benci.
“Arghhh!!!” aku menjerit sekuat hati seraya melompat dari
tempat dudukku. Dayang yang baru sahaja sampai terperanjat mendengarkan
jeritanku tadi. Dia terus menerpa ke arahku.
“Kenapa Syura?” soalnya. “Ka..ka…katak.. ada katak melompat
atas riba Syura.” Kataku tergugup-gagap. Aku terus terundur-undur apabila katak
itu semakin mendekati aku. Wajahku berubah menjadi pucat. “Tu… tolong aku
Dayang,” kataku lagi. Air mataku hampir-hampir menitis. Dayang terus mencapai
penyapu dan menolak-nolak katak itu keluar dari kelas.
“Macam manalah katak tu boleh naik sampai tingkat 2 ni?”
rungut Dayang seraya mendekati aku. “Kau okey tak ni Syura?” Aku hanya mampu
menganggukkan kepalaku. Jantungku masih berdegup kencang. Aku terdengar ada
suara tawa dari arah belakang kelas tetapi aku tidak menoleh kerana aku tahu
siapa pemilik suara tersebut.
“Aku rasalah kan, aku tahu siapa punya kerja ni,” kata
Dayang dengan penuh keyakinan sambil itu matanya menjeling ke satu arah.
“Siapa?” Soalku.
“Tu..” ujar Dayang sambil bibirnya memuncung ke satu
arah. Aku menoleh untuk melihat siapa yang dimaksudkan. Megat Zamir
tersengih-sengih memandang kami berdua. Aku mengeluh halus. Tidak aku sangka
sampai begitu bencinya dia padaku. “Dahlah Dayang, biarlah dia. Asalkan dia
happy,” kataku sambil menarik Dayang untuk duduk.
“Apa masalah si Zamir tu kat kau ha?” Soal Dayang semasa
waktu rehat. Aku yang sedang makan terhenti mengunyah. Kemudian aku mengangkat
bahu menandakan aku tidak tahu. “I wish I knew,” jawabku ringkas.
“Dia suka kat kau kot,” usik Dayang lagi sambil
tersengih. Aku tergelak besar mendengarkan serkap jarang Dayang itu. “Kalau
macam tu tandanya suka, baik tak payah. Menyusahkan aku je,” balasku pula. Kami
menyambung semula suapan kami sehinggalah loceng berbunyi menandakan waktu
rehat tamat.
Pada petang itu, aku pulang ke rumah. Aku tinggal bersama
kedua ibu bapaku dan aku merupakan anak tunggal dalam keluarga. Mereka sangat
manjakan aku tetapi aku sangat tidak menyenanginya. Bagiku, aku lebih suka
hidup berdikari kerana sebelum ini aku tinggal bersama nenek di Singapura
disebabkan masalah yang menimpa keluargaku. Sejak beberapa tahun lepas mama
memintaku untuk tinggal bersama mereka di Malaysia. Jadi sebagai seorang anak, aku
turuti permintaan mereka.
Aku telah bersekolah di situ selama lebih tiga bulan.
Sepanjang masa itu jugalah aku tidak terlepas dari jerat-jerat dan gangguan
dari Zamir. Sehingga hari itu juga aku tidak tahu mengapa Zamir sangat
membenciku.
Pada suatu hari, seorang
murid dari kelasku yang bernama Nadira kehilangan wang bernilai RM100. Guru-guru
dan pelajar mengesyaki Zamir yang melakukan kecurian itu. “Zamir, cikgu Hasyim
panggil kau masuk bilik disiplin.” Kata Rayyan pada suatu hari. Cikgu Hasyim
merupakan ketua guru disiplin sekolah manakala Rayyan merupakan kawan baik
Zamir.
“Kenapa pulak dia panggil aku? Apa dia nak?” soal Zamir.
“Manalah aku tahu. Pergi je lah, mana tahu dia nak
jadikan kau anak angkat ke.” jawab Rayyan sambil tersengih.
“Lawak ke?” balas Zamir sambil bangun dan mula melangkah
keluar kelas.
Rupa-rupanya, Zamir telah disyaki mencuri duit Nadira
yang hilang. Sejak hari itu, wajah Zamir sentiasa muram dan dia juga kerap
tidak datang ke sekolah. Sejak itu jugak aku tidak lagi diganggu dan dibuli
olehnya. Entah mengapa, aku rasa sunyi tanpa gangguan darinya.
Pada suatu hari, aku secara tidak sengaja telah terdengar
perbualan antara Rayyan dan Nadira. Rupa-rupanya mereka merupakan pasangan
kekasih. Nadira juga merupakan salah seorang mangsa buli Zamir. Mereka telah
berpakat untuk membalas perbuatan Zamir terhadap Nadira.
“Rayyan, thanks tau sebab tolong Dira jerat si Zamir tu,”
Nadira dengan lenggok manjanya.
“Alah.. small matter je semua tu.” Balas Rayyan.
“Huh, baru puas hati Dira. Padan muka Zamir tu, lepas ni
mesti dia kena buang sekolah.” Kata Nadira sambil ketawa.
Aku seperti tidak
percaya apa yang aku dengari sebentar tadi. ‘Rayyan bukan ke kawan baik Zamir?
Sampai hati dia kenakan kawan sendiri. Aku kena buat something ni,’ bisikku
sendirian. Aku perlahan-lahan berundur untuk pergi dari situ. Malangnya aku terlanggar
kerusi di belakangku yang entah sejak bila berada di situ. Mereka serentak
memandang ke arahku. Apa lagi, aku terus lari dari situ tetapi mereka mengejar
aku.
Aku bersembunyi di
satu sudut yang agak tersorok. Di situ aku mengawal nafasku yang menjadi tidak
teratur kerana berlari terlalu kuat. Di saat aku berpaling ke belakang, aku
terkejut kerana Nadira berada di belakangku. Dia memulas tangankau ke belakang
sekali gus membataskan pergerakanku.
“Eh Syura, kau mesti dah tahu apa yang kitorang borak
tadi kan?” soal Nadira. Aku hanya mampu menggelengkan kepalaku. “Jangan tipu!
Aku tahu kau dengar tadi!” sergahnya kasar.
“Tak.. ma… mana ada. Aku nak balik ni, lepas lah.” Rayuku
pada Nadira.
“Kau ingat aku nak percaya ke? Dengar sini ya, kau jangan
cuba nak kantoikan plan kitorang. Nanti kau tahulah akibatnya. Tahu??” Aku
hanya menganggukkan kepalaku walaupun hatiku tidak setuju. Nadira melepaskan cengkaman
tangannya dan berlalu pergi. Aku bertekad untuk membantu Zamir walau apa pun
yang terjadi.
Mulai saat itu, aku cuba mengumpul maklumat untuk
membantu Zamir. Aku meminta pertolongan Dayang bagi menjayakan misiku itu. Pada
mulanya Dayang tidak bersetuju keran baginya Zamir memang patut dihukum. Dia
mula mengubah fikirannya setelah melihatkan aku bersungguh-sungguh memujuk.
“Kenapa kau beriya sangat nak tolong Zamir ni? Dia kan
banyak buat jahat kat kau,” soal Dayang padaku. “Entahlah, aku rasa macam
kesian kat dia. Mungkin ada sebab dia jadi macam tu,” balasku pula. Dalam diam
aku sendiri mempersoalkan perbuatanku yang membantu Zamir. ‘Betul ke apa yang
aku buat ni?’ bisik hati kecilku.
Alhamdulillah berkat usaha dan kesabaranku, aku berjaya
membantu Zamir. Rayyan dan Nadira telah dibuang sekolah kerana perancangan
mereka itu. Ketika aku sedang duduk-duduk di tepi padang pada satu petang, aku
didatangi Megat Zamir.
“Hai Syura,” sapanya ringkas lalu terus duduk di
sebelahku. Dia kelihatan seperti termenung seketika. Aku terus diam menunggu
butir bicaranya.
“Terima kasih ya Syura,” ucapnya kemudian. Aku
terpinga-pinga seketika. “Untuk apa?” terusku menyoalnya meminta penjelasan.
“Ya lah, kau susah payah tolong cover aku pasal duit tu.”
Katanya lalu tersenyum. “Thanks tau,” sambungnya lagi masih tersenyum. Aku
terkedu seketika kerana itulah kali pertama Zamir senyum seikhlas itu kepadaku.
Sebelum ini aku hanya melihat tawa sinisnya apabila membuli aku. Dia memiliki
senyuman yang sangat manis, menambahkan lagi ketampanannya.
“Eh.. tak ada apalah tu. Apa salahnya tolong kawan,”
balasku gugup.
“Aku tahu aku tak patut Tanya macam ni, tapi kenapa kau
tolong aku? Aku dah banyak buat salah kat kau. Tapi kau sabar je dengan aku,
siap tolong back up aku lagi tu.” Ujarnya lagi. Matanya terus merenungku dan
tatkala itu aku baru sedar betapa redupnya pandangan mata Megat Zamir. Selama
ini dia hanya memandangku dengan penuh kebencian dengan pandangannya yang
bengis.
Aku tersenyum. “Sebab aku rasa kesian dengan kau, Zamir.
Kau tak buat salah pun, aku tak nak tengok kau kena hukum disebabkan benda yang
kau tak buat.” Balasku kemudian. Aku melarikan anak mataku dari pandangan
redupnya. Buat seketika, aku hanyut dalam renungannya. Hatiku berdebar tidak
keruan.
“Rasanya dah lama kita duduk kat sini. Jom masuk kelas,”
kataku untuk menghilangkan debar di hati yang aku rasakan makin tak terkawal.
Aku terus melangkah laju kerana Zamir seperti dapat merasakan kegugupanku
ketika membalas renungannya.
Mulai hari itu, aku dan Zamir menjadi semakin rapat.
Zamir juga telah banyak berubah menjadi pelajar yang baik dan rajin belajar.
Tidak seperti Zamir yang dulu yang suka membuli dan pemalas. Zamir telah banyak
mengajarku untuk menjadi seorang yang lebih matang. Peperiksaan STPM bakal
menjelang. Kami sering belajar bersama dan membuat perbincangan secara
berkumpulan bersama Dayang. Pelajar lain melabelkan kami sebagai pasangan
kekasih kerana keakraban kami. Dayang juga turut meragui perhubunganku dengan
Zamir.
Pada suatu petang setelah seminggu tamatnya peperiksaan
STPM, Zamir mengajakku ke taman berhampiran rumahku. Ada sesuatu yang ingin
dikatakan, aku juga begitu. Aku tidak sedar sejak bila, tetapi aku mula
menyayangi Zamir lebih dari seorang kawan. Dayang meyarankan aku supaya
berterus terang pada Zamir tentang perasaanku padanya. Aku seperti merasakan
petang itu adalah waktu yang sesuai untukku katakana padanya.
“Hai Zamir,” sapaku sebaik sahaja tiba di taman permainan
pada petang itu.
“Oh, hei Syura. Awal sampai,” balasnya pula.
“Amboi, perli ke apa ni? Dah lama sampai ke? Maaflah aku
lambat sikit, ada hal kat rumah tadi.”
“Terasa ke? Tak ada lah, aku pun baru je sampai ni.”
Balasnya pula sambil tersengih.
“Ada apa nak jumpa ni?” soalku padanya.
“Tak ada apa pun, saja nak borak-borak dengan kau.
Bosanlah kat rumah tu,” katanya lagi. Aku dapat mengesan keresahan pada
wajahnya. “Laa… kalau saja nak borak baik duduk kat rumah je, handphone kan
ada. Aku balik dululah,” kataku lalu bangkit.
“Eh.. janganlah balik, Syura. Tunggulah dulu,” katanya
laju. Aku tersengih melihat kekalutannya. “Oh, dah pandai nak sakat orang eh.
Jentik hidung kang baru tahu,” ujarnya lagi. Aku tergelak mendengar
kata-katanya lalu kembali duduk di sebelahnya.
“Tahu takut,” kataku ringkas. “Zamir, kalau aku nak tanya
something ni kau jangan marah ya.”
“Apa dia? Tanya je lah,”
“Kenapa kau tak suka aku masa aku mula-mula masuk sekolah
tu dulu?” Setelah sekian lama, barulah aku berani bertanya. Persoalan yang
sering menghantuiku siang dan malam.
“Aku bukan tak suka kau lah, aku cuma tak suka budak
Singapore.” Balasnya ringkas.
“Kenapa pulak? Lagipun aku bukan lahir kat sana, aku
lahir kat sini. Cuma aku dah lama duduk kat Singapore tu, IC aku still IC
Malaysia.” Bidasku pula.
Zamir tersengih. “Memanglah, aku tahu. Sebabnya, mak tiri
aku orang sana. Aku tak tahu kenapa tapi aku menyampah sangat kat dia. Aku dah
cuba terima dia sebagai isteri baru ayah aku. Tapi sebab dia tu berlagak sangat
so aku jadi benci sangat kat dia. Bagi aku, semua orang Singapore macam tu.
Berlagak dan tahu nak rampas kebahagiaan orang lain je,” terangnya panjang
lebar. “Tapi sejak aku kenal kau, aku mula sedar yang aku silap. Tak semua
orang macam tu,” sambungnya lagi.
“Tahu pun, rambut sama hitam tapi hati lain-lain kan,”
kataku pula.
“Sejak aku kenal kau, semuanya jadi berubah. Disebabkan
kau lah, aku jadi lebih baik sekarang ni. Terima kasih, Syura.” Tambahnya lagi
sambil tersenyum ikhlas. Aku membalas senyuman manisnya. “Syura, sebenarnya aku
ajak kau datang sini sebab ada benda aku nak kau tahu.” Katanya serius.
“Penting sangat sebab…”
“Hoi Zamir!” jerit satu suara dari arah belakang kami.
Hamper serentak kami menoleh ke arah empunya suara.
“Kau nak apa lagi Rayyan?” Soalnya bosan. Tiba-tiba
hatiku rasa tidak tenang. Aku dapat merasakan ada sesuatu yang akan berlaku.
Zamir berdiri dihadapanku seperti menjadi banteng untuk melindungiku dari
sebarang bahaya.
“Korang memang tak guna! Disebabkan korang, Nadira bunuh
diri tahu tak?! Pasal korang jugaklah kitorang kena buang sekolah! Hari ni aku
akan pastikan korang menyesal seumur hidup!” pekiknya sekuat-kuat hati.
Jantungku berdegup laju. Rayyan yang berada dihadapan kami ketika itu seperti
dirasuk syaitan.
“Sabar Rayyan, mengucap.” Kataku cuba menenangkannya.
“Kau diam Syura!” herdiknya kasar. Aku terdiam sambil
menelan air liurku.
“Apa ni, benda dah
jadi. Nak panjang-panjangkan lagi buat apa. Lagipun bukan salah kitorang pun.
Kau yang khianat aku Rayyan, sedar sikit!” balas Zamir. Aku jadi tidak keruan
kerana tidak tahu untuk berbuat apa-apa.
“Tak salah kau cakap? Dira bunuh diri sebab korang tahu
tak?!”
“Si Nadira tu bunuh diri sebab dia tu bodoh, tak belajar
agama.” Ucap Zamir selamba. Aku dapat melihat kesabaran Zamir semakin tipis.
Aku terus memegang lengannya mengharapkan Zamir mengalah dan berlalu pergi dari
situ.
“Kurang ajar!” Jerit Rayyan lalu terus meluru hendak
menyerang kami. Zamir terus menolakku ke tepi. Aku terjatuh kerana Zamir
menolakku dengan kuat. Pergaduhan telah berlaku antara Zamir dan Rayyan. Aku
terpaku dan tidak tahu hendak buat apa pada waktu itu. Tiba-tiba wajah Dayang
menyinggahi benakku. Aku cepat-cepat menghubunginya dan meminta pertolongan
darinya untuk melaporkan kepada pihak polis.
Zamir dan Rayyan terus bercakaran. Rayyan ternyata tidak
berpuas hati kerana Zamir dapat menahan setiap asakkannya. Di satu ketika,
Zamir menendang perut Rayyan dengan kuat menyebabkan Rayyan terlentang. Dia
mengerang kesakitan. Setelah memastikan Rayyan tidak dapat bangkit lagi, Zamir
datang menghampiriku untuk memastikan aku tidak diapa-apakan.
“Kau okey?” soalnya cemas. Aku hanya mampu mengangguk.
“Maaflah, aku tertolak kau kuat sangat tadi.” Ucapnya perlahan. Wajahnya
dibasahi keringat. Zamir membantuku untuk bangun dan tiba-tiba dia menolakku
kembali. Aku tidak tahu bagaimana terjadi tetapi ketika aku mula menyedarinya,
Zamir telah pun berlumuran darah. Bajuku terkena sedikit percikan darah Zamir.
Rayyan telah menikamnya. Aku menjerit sekuat hatiku. Rayyan yang seperti baru
tersedar dari perbuatannya itu terus menarik pisau yang terbenam di dalam perut
Zamir. Dia terundur-undur sambil melihat pisau di tangannya. Rayyan memandangku
dan Zamir yang sudah terduduk silih berganti. Pisau dalam genggamannya terlepas
dan Rayyan terus lari meninggalkanku dan zamir yang kesakitan di tempat
kejadian.
Aku terus menghampiri Zamir yang sudah pun terbaring
kesakitan berlumuran darah. Aku segera memangku kepalanya. Wajahnya pucat
berkeringat. Air mataku mula menitis melihatkan keadaan Zamir ketika itu.
“Zamir… bertahan ya. Ak.. aku call ambulans. Sabar ya
Zamir,” kataku tergugup gagap.
“Tak payah lah, Syura.. Ak..aku okey ni. A.. aku kan
kuat.” Ucapnya cuba untuk senyum. “Nasib baik a.. aku yang kena. Dia nak tikam
kau tadi, nasib ba… baik.” Tangisanku makin lebat mendengarkan kata-katanya.
“Kenapa kau halang?” soalku sebak.
“Aku sa…sayang kau Syura,” aku menangis lagi mendengar
ucapannya itu. “Terima kasih, Syura” ucapnya perlahan. Tatkala itu polis dan
ambulans telah pun sampai. Zamir meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke
hospital. Dia telah kehilangan banyak darah. Polis telah mengambil keteranganku
mengenai kejadian itu. Bapa dan ibu tiri Zamir juga telah dimaklumkan. Rayyan
telah ditangkap dan dikenakan hukuman yang setimpal dengan perbuatannya.
Zamir pergi meninggalkan aku bersama kenangan yang telah
kami lalui bersama. Aku tidak sempat mengatakan isi hatiku kepadanya tetapi aku
gembira kerana telah tahu perasaannya terhadapku. Megat Zamir akan tetap subur
dalam ingatanku. Dialah lelaki pertama yang berjaya mencuri hatiku walaupun
detik pengenalan kami dipenuhi suka dan duka.
* *
* * *
* * *
* * *
Hari ini, genaplah lima tahun Zamir meninggalkan aku dan
seperti tahun-tahun yang sebelumnya, aku mengunjunginya di tanah perkuburan ini
setiap tahun untuk menemaninya. Bacaan Yaasiin dan doa aku hadiahkan untuknya.
Itu sahajalah yang mampu aku berikan untuk membalas segala perbuatannya.
Setelah selesai urusanku, aku bangun untuk meninggalkan tanah ini.
Semasa aku berjalan menuju ke pagar tanah perkuburan itu,
satu suara menyapaku dari belakang. Hampir-hampir air mataku tumpah kerana aku
terlihat Zamir berjalan menghampiri aku.
“Maaf cik, cik ni yang saya terlanggar hari tu masa kat
depan CIMB tu kan?” soal pemuda yang seiras Zamir itu. “Dari hari tu saya cari
cik, jumpa pun akhirnya.” Katanya lagi.
“Ha? A.. ya saya. Kenapa ya?” soalku padanya.
“Ni.. saya terambil cik punya student ID masa tu. Saya
tak perasan,” ujarnya sambil tersenyum.
“Oh, patutlah saya cari tak jumpa. Terima kasih ya.”
“Jenguk siapa kat sini?” soalnya ramah.
“Kawan,” balasku ringkas. Wajahnya saling tak tumpah
seperti arwah Zamir.
“Oh, saya jenguk parents saya kat sini. By the way, saya
Azrul.” Katanya lagi. “Asyura, Asyura Amani.” Balasku ringkas.
Kami berbual seketika dan bertukar-tukar nombor telefon.
Aku senang berkenalan dengannya kerana Azrul seorang yang peramah. Ketika aku
hendak masuk ke dalam kereta, aku berpaling ke arahnya. Dia melambai-lambaikan
tangannya ke arahku. Aku tersenyum dan membalas lambaiannya lalu terus masuk ke
dalam kereta.
Dalam diam aku berharap, agar pertemuanku dengan Azrul
membawa seribu makna dan membuka sebuah lagi cerita. Dan pastinya, cerita itu
bukanlah cerita yang dipenuhi air mata tetapi gelak ketawa.
* *
* * *
* * *
* * *
Dari
tanah perkuburan itu tanpa Asyura sedari, roh Zamir memerhatikan keretanya
sambil tersenyum. “Aku harap kau akan temui kebahagiaanmu, Syura.” Ucap roh
Zamir. Seraya itu, roh Zamir perlahan-lahan memudar dan akhirnya hilang dibawa
angin lalu.
~
TAMAT ~