Thursday, 26 March 2015

Heart to Motherboard Confession

Hmm okay, I’m not really sure how to start. Assalamualaikum perhaps? How you doing today? I’m not sure how I’m feeling right now. Let’s just say I’m in a state of insecurity, scared, nervous, lost, confused and happy? It’s just so hard to describe the exact feeling I’m stuck into.


Perhaps I should just start with a question. Have you ever feel like there’s someone you always thought to never see again but you missed him so much that thinking about him only makes it worse? Well let me just say it straight, I have and I know how much it sucks to feel that way. However in my case, the boy I’m talking about suddenly reappear in my life recently. I have to admit, that’s by far the best thing that have ever happened to me this year. Well, the boy is no more and he has become a man I always knew he would be.


I’m so blessed and grateful to Allah because He gave me a second chance to be with him. I’m going to admit, I am not the most religious or good person in terms of religion. I have my doubts before this. I’m telling you this because I want to show you how much it is important to have faith. Whatever it is, you must have faith in something. I lost my ways before, but Alhamdulillah I have found my way back. It is hard but if you set things straight, you will not have to worry. God is always with you.


I’m saying all this because, Allah knows how much I pray for this thing to happen and He answered me. I never felt so ashamed in my life. Ashamed of how stupid I was, ashamed of my arrogance, ashamed of my sins and my unfaithfulness. He opened up my heart and leads me into the right path. Even though now I still forget Him sometimes but I’m trying my best to get back to Him.
It’s just… I don’t know how I’m supposed to thank Him. He is always there for me but I was so blind to see. No words can describe how awfully stupid I was. Astaghfirullah hal azim.


Okay, back to the topic. The boy I was talking about is my childhood sweetheart. I never realized how much I love him until I lose him. Now, he’s back into my life. He gave me the love and care I never knew I could have. He treated me like a princess. I am happy, so happy that I cried. I can’t afford to lose him again. My friends questioned me why should I be scared. Well, they don’t have the slightest idea what I’ve been through. I am paranoid. Good things never last and my happiness never stays. It only came once and left me hanging. Only the thought of that makes me scared.


And now, I am forced to remember all the good things in the past. I don’t want to but it is just too good to be left forgotten. I’m always wondering whether he still remembers me or not and yesterday, he showed me that he too never forgets. I don’t know why, but lately I am very fragile. My heart is like a hollow glass that can shatter in pieces if I dropped it again. So I’m holding it tightly but not too much as it can break as well.


I never knew there’s something much frightening than my fears of frogs and dentists. The fear of losing someone I care so much. There are so many people that have left my life and never tried to reach me again. I can never bear the pain again. It is so painful that sometimes I wish that everything is just a twisted dream and somebody should wake me up.



I never should have loved him more than I could bear. I’m not sure if he loved me back but he always given me hints and traces that he felt the same way as I am. But I’m scared to hope for the best because the best will always ends with the worst. What should I do? I am so lost in my own thoughts.

Tuesday, 3 March 2015

Demi Sebuah Janji


            “Yes! Dapat juga aku cipta penawar virus 10110 ni!” kata Mikhail sambil melonjak gembira. Sedang dia meraikan kejayaannya itu, dia terlanggar sebuah kotak yang terletak di atas mejanya. Perhatian Mikhail teralih pada kotak tersebut lalu dia segera menyimpan semula barang-barang yang terkeluar dari kotak ke tempatnya semula. Matanya tertancap pada sekeping foto seorang wanita yang dicintainya. Dia segera mencapainya lalu menatap wajah kesayangan itu semahunya.

            “Azwa, alangkah baiknya andai kita dapat meraikan kejayaan ini bersama,” bisiknya perlahan. Malikha Azwa merupakan tunangnya yang telah pergi menghadap Ilahi akibat satu kejadian yang tidak diduga.

            Tujuh tahun yang lalu, dunia telah dikejutkan dengan satu virus yang boleh membunuh manusia dalam masa seminggu setelah dijangkiti. Virus itu digelar virus 10110 kerana telah meragut seramai 10110 nyawa dalam masa sebulan di seluruh dunia. Punca jangkitan virus ini tidak diketahui umum. Para saintis tidak dapat mengenal pasti dari mana datangnya virus merbahaya ini.

            Pada masa itu, Mikhail yang merupakan seorang pengkaji virus telah cuba untuk mencipta penawar bagi virus ini. Namun begitu, ramai orang memperlekehkan kebolehan dan azamnya itu. Malah, ada juga yang sewenang-wenangnya menuduh Mikhail gila dan tidak siuman. Hal ini kerana, mereka percaya bahawa pakar juga tidak dapat meleraikan kekusutan yang telah berlaku. Namun begitu, di saat dia hamhamperrputus asa untuk meneruskan kajiannya, dia telah ditemukan dengan Azwa yang merupakan seorang penyiasat persendirian. Pertemuan yang tidak disangka itu berlaku ketika Mikhail sedang berjalan di kaki lima sebuah pasaraya. Pada masa itu, beg tangan Azwa telah diragut dan Mikhail telah membantunya mendapatkan semula beg tersebut. Bermula saat itulah mereka mula berkenalan dan telah mengikat tali pertunangan beberapa bulan selepas itu.

            Mikhail sering menceritakan impiannya yang ingin menjadi pencipta penawar virus 10110 itu. Dia juga bercerita bahawa dia telah mula berputus asa untuk meneruskan kajiannya. Namun begitu, Azwa sering cuba meniupkan semangat ke dalam diri Mikhail dengan memujuknya dan memberi kata-kata semangat agar dia meneruskan juga impiannya itu.

            “Mick, awak tak boleh terus macam ni. Biarlah apa pun yang diorang nak cakap kat awak. Tapi awak mesti terus berusaha sebab usaha itu kan tangga kejayaan. Saya pun teringin nak tengok tunang saya ni jadi orang pertama yang mencipta penawar virus tu. Saya yakin awak boleh buat, Mick. Teruskan je kaijan tu. Walau apa pun yang terjadi, saya sentiasa berada di sisi untuk menyokong awak,” kata Azwa pada suatu hari.

            Kata-kata itu terus menjadi pembakar semangat Mikhail kerana sebaik sahaja Azwa mengucapkannya, sebutir peluru telah menembusi dada kirinya. Seorang penembak curi telah menembak Azwa dari jarak 200 meter. Mikhail yang panik pada ketika itu tidak dapat melakukan apa-apa selain melihat tubuh Azwa rebah di hadapannya. Segalanya berlaku terlalu pantas. Dia segara memangku kepala Azwa yang pada ketika itu hanya tinggal nyawa-nyawa ikan.

            Sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir, Azwa sempat membisikkan kata-katanya untuk Mikhail. “Mick… tolong janji dengan saya yang awak akan teruskan juga impian awak tu,” kata Azwa dengan suara yang tersekat-sekat. “Baiklah Azwa, saya janji. Tapi tolonglah jangan tinggalkan saya. Awak pun kena janji dengan saya yang awak akan terus hidup bersama saya. Tolonglah Azwa, jangan tinggalkan saya,”kata Mikhail dalam linangan air mata.

            “Mick, saya tak boleh janji. Mungkin jodoh kita sampai sini saja. Awak mesti janji untuk teruskan hidup awak dan…” kata Azwa tersekat-sekat mencari nafas.

            “Tolonglah bertahan, Azwa. Untuk saya,” pinta Mikhail sesungguh hati.

            “Awak mesti teruskan juga cita-cita awak tu. Tolong jangan  hampakan saya. Hanay itulah permintaan terakhir saya,” ucap Azwa lagi. Orang ramai yang menyaksikan peristiwa itu lekas-lekas menghubungi ambulans dan polis.

            Mikhail terus mengajar Azwa mengucap dua kalimah syahadah. Dia juga meminta Azwa bertahan sementara menunggu ketibaan ambulans. “Selamat tinggal Mick…semoga bertemu lagi. Cinta saya hanya untuk awak dan kenanglah saya dalam doa awak,” setelah itu, Malikha Azwa menghembuskan nafas terakhirnya di pangkuan Mikhail Zafran.

            Majlis pengkebumian arwah Azwa dilakukan selepas solat asar. Penembak curi yang bertanggungjawab atas kematian Azwa telah ditangkap beberapa minggu selepas itu. Penjenayah yang bernama Amran itu merupakan orang yang berjaya didakwa oleh Azwa atas usahanya menyiasat kegiatan jenayah Amran. Oleh kerana dendam yang amat mendalam, dia telah menjejaki Azwa selama dua tahun dan berjaya menamatkan riwayatnya.

            Deringan telefon bimbit Mikhail telah mengejutkannya dari lamunan yang panjang. Dia terus mencapai telefon bimbitnya lalu menjawab panggilan tersebut. Rupa-rupanya pemanggil itu merupakan seorang professor dari University Oxford di London. Professor itu amat berminat untuk melihat hasil kajiannya. Mikhail bersetuju untuk berkongsi hasilnya itu dengan orang awam.

            Akhirnya, setelah bertahun-tahun mengkaji tanpa jemu dan berbekalkan nasihat serta janjinya pada Azwa, dia telah berjaya mencapai cita-cita dan impiannya. “Azwa, saya dah berjaya tunaikan janji saya pada awak. Semoga roh awak tenang di sana dan percayalah, sekali pun saya tak pernah melupakan awak.” Kata Mikhail pada gambar Azwa yang dipegang sedari tadi.


            Dia menyimpan semula gambar kenangan itu dan mencapai telefon bimbitnya lalu keluar dari bilik uji kajinya dengan membawa penawar ciptaannya bersama. Mikhail bersedia untuk memperlihatkan hasil kajiannya kepada dunia. Benarlah kata-kata Azwa suatu ketika dahulu bahawa di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Mikhail berjalan dengan penuh keyakinan menuju ke destinasi tujuannya.